MUAFAKAT MEMBAWA BAROQAH

mengenai kami

Koperasi Ibnu Khalid Kuala Lumpur Berhad (iBK Coop) ditubuhkan pada 1 Mei 2014 dan diperakukan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 18 Julai 2014. Nombor daftarnya ialah W-4-0980.

OBJEKTIF DITUBUHKAN


Objektif utama ditubuhkan iBk Coop ialah seperti berikut : 

Untuk menghimpunkan keluarga termasuk pekerja dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman dalam satu “jemaah” bagi membolehkan mereka bermuafakat, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain.
Untuk menjana pendapatan melalui
aktiviti perniagaan yang dijalankan dan keuntungan yang diperolehi akan
diagihkan semula untuk faedah para ahli.

Untuk membentuk usahawan dikalangan ahli iaitu dengan menggalakan mereka mengusahakan sendiri produk/ perkhidmatan mengikut bakat dan kebolehan masing-masing. Dalam konteks ini iBK Coop akan turut membantu dalam aspek pemasaran, latihan keusahawanan dan sebagainya.


VISI & MISI  

MISI : PEMBENTUKAN UKHWAH YANG BERKEKALAN DIKALANGAN AHLI

VISI : MENJADI TRADER DAN KONTRAKTOR PEMBINAAN YANG BERDAYA SAING

MOTTO : MUAFAKAT MEMBAWA BAROQAH